Apu' Pulid Aco

 

Merupakan Rancangan Perkhidmatan Lun Bawang (Radio Tau) yang bersiaran bermula pada 1200 tengahari - 1500 petang   setiap Isnin hingga Ahad melalui frekuensi LIMBANGfm 104.9mhz, 101.1mhz (Lawas), 94.5mhz (Medamit), SW11665 khz (Kawasan pedalaman) dan saluran Astro 871.

Rancangan ini berbentuk hiburan dan berinformasi dengan pelbagai rancangan menarik khas untuk semua golongan masyarakat. 

Rancangan tonggak adalah Sejam Dengan Muyuh (SJDM) setiap Isnin hingga Jumaat (1200 - 1300).

Turut dimuatkan dengan rancangan seperti : Tabi Lemaba SMS , Bale' (Kuiz) Nani-nani Ngeramai (Lagu Hiburan), Apir Bulu' (Pendidikan), Raongsia (Majalah Wanita), Karit Ilang (Majalah Lelaki), Buek Asal (Lagu Asal), Busak Bangsa (Belia), Babpat Anak Dari (Rancangan Kanak-Kanak), Bakat Minggu Ini dan Produk Kai.

Pendengar juga boleh berinteraksi secara terus dengan penyampai di udara samada melalui sms dengan menaip LBGS (jarak) UCAPAN Dan Hantar Ke 32728, atau panggilan telefon ke studio 085-211 246 atau di secara atas talian di Facebook https://www.facebook.com/groups/120293018006833/?fref=ts